Cbox here


Thursday, 10 January 2013

Aku memaafkan dirimu [.]





Jangan hanya 1 kesalahan, kita membenci seseorang itu habis-habisan. Boleh jadi semasa kamu memikirkan 10 kejahatannya, orang yang kamu benci itu sedang mengingati 20 kebaikan kamu, lalu ia berdoa untuk kebaikanmu ALLAHseeker.


Hikmah di sebalik memaafkan.

Ketahuilah apabila kita memaafkan orang lain hati kita akan menjadi lebih tenang. Orang yg susah memaafkan orang lain sebenarnya memiliki masalah dan penyakit hati. Hati yang penuh dengan kebencian, dendam dan prasangka akan menyebabkan tenaga untuk membangunkan diri semakin terhakis.

Kesannya, kesakitan dan luka yang di alami selama ini akn menjadi lebih parah. Oleh sebab itu, apabila memaafkan orang lain sebenarnya kita sedang mengubati hati diri sendiri daripada penyakit. Ibarat air terjun yang jatuh ke atas batu, lama2 batu itu boleh menjadi lekuk. Begitulah hati manusia, kesediaan dan keikhlasan untuk memaafkan orang lain akan membersihkan hati daripd unsur2 kekotoran. SolusiISU#49

Aku bukan sempurna, diri ku juga sering melakukan sedemikian. Tapi setelah apa yang aku baca ini semuanya betul dan benar . Aku sudah memaafkan segala kesalahan manusia di sekelilingku . Aku tahu , ajal maut itu tidak ketahui 5 minit sebentar lagi aku tak tahu aku masih bernyawa ataupun tidak. Tapi ketahuilah, sebagai manusia aku sayang sesiapa yang mengenali diriku yang kerdil ini.  Sekurang-kurangnya entri aku ni mengingatkan aku daripada aku lalai untuk memberikan kemaafan manusia disekelilingku . –idaHalim-

No comments :

Post a Comment

ello comel ! kalau rajin naip . komen la sini ye ❥