Cbox here


Tuesday 9 December 2014

sembuhkan hati



Jangan hanya tahu menunding jari 
mencari aib orang sana sini.
sedang kita ini lebih hina. 
Jika Allah buka aib kita,
Nescaya semua orang akan meludah ke
muka.
Sedarlah hati 
kita semua hamba.
Yang hanya membezakan kita adalah 
keimanan dan taqwa kepadaNya.
bukan pangkat atau pakaian semata atau amal yang belum tentu diterima
bukan bermegah dengan penghijrahan diri
orang alim berilmu, makin berilmu, makin tunduk
orang jahil, makin berilmu, makin bermegah.

Thursday 25 April 2013

Tuhan sedang menguji kita .


begitu juga hatiku :')


Ya Allah , janganlah Kau bebankan kepada kami beban yg berat sebagaimana telah Kau bebankan kepada orang sebelum kami . 

Ya Allah , Janganlah Kau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. 

Ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami,. maka tolonglah kami .. 

Al-Baqarah :286

Bumi mana tidak ditimpa hujan, lautan mana tidak bergelora. Begitu juga kehidupan manusia. Tidak pernah sunyi daripada dugaan. Umpama pelangi yang mempunyai pelbagai warna, begitulah ujian bagi setiap hamba. Ada yg diuji dgn ketaatan, kesakitan atau musibah. 



Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Siapa lagi pelindung kita dan penyelamat kita ? Allah hu Rabbi . Maka, andai diri kamu di uji usah cepat mengalah. Mohonlah kepadaNya . Moga rahmat dan hidayahNya sentiasa memayungi kita . :')